TAHNIAH!!.. 3 Foto wajah comel bayi lelaki Jaclyn Victor yang sahaja dilahirkan

No Comments

Penyanyi Jaclyn Victor telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu.

Jaclyn, 36, menerusi laman Facebooknya pada Khamis memberitahu, bayi yang masih belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

"Bayi kami selamat dilahirkan pada 24 Ogos lalu dengan berat 3.48 kilogram namun masih memikirkan nama sesuai untuknya," katanya.


Jaclyn atau lebih mesra dengan sapaan Jac berkahwin Shawn Rivera, 41, yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet pada 19 Julai lalu di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat.

Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Jaclyn turut memberitahu dia dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka dan memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.

"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat.

"Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami," katanya.

back to top