Al-Fatihah: Inilah Kisah Sebenar Gugurnya Seorang Jemaah Haji Malaysia Dalam Insiden Rempuhan Di Mina

2 comments

Makkah, 27 September 2015. Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan seorang jemaah haji di bawah kelelolaan Tabung Haji meninggal dunia di dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah yang lalu selepas dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.
Jemaah haji yang terlibat adalah Zulkifly Samad berumur 50 tahun beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang Selangor yang berasal dari Johor. Pihak Tabung Haji pada pemakluman awal mengesahkan tiadajemaah haji yang telibat dalam rempuhan tersebut berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji.

Pihak Tabung Haji telah membuat semakan dan pengumuman melalui siaraya di khemah jemaah pada jam 12.30 tengah hari sehingga 3 petang pada hari kejadian. Tiada sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang kehilangan Jemaah.
Pada sebelah malam jam 11.00 Suriahanim Bt Abdul Hamid, isteri Zulkifliy Samad telah membuat laporan bahawa suaminya tidak pulang ke khemah. Dalam laporan tersebut, isterinya mengakui bahawa suaminya tidak bersama dengan Jemaah TH dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasullulah ke Mina.
Menurut Suriahanim panggilan terakhir telah dibuat kepada suami beliau adalah pada jam 7.15 pagi, 10 Zulhijjah. Dalam perbualan telefon tersebut, suami Suria Hanim memaklumkan beliau selamat tiba di Mina dengan jemaah haji dari negara lain dari Muzdalifah.
Setelah menerima aduan tersebut para petugas haji memulakan usaha mencari jemaah tersebut di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina yang diketegorikan tersasar.
Pada hari ini jam 1.30 petang pasukan perubatan Tabung Haji telah membuat tinjauan di rumah mayat Moaissim di mana pasukan perubatan telah menemui satu jenazah rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam keadaan yang sempurna.
Pasukan perubatan Tabung Haji telah mengesahkan jenazah tersebut melalui identifikasi yang ada pada jenazah tersebut. Di sini pihak Tabung Haji mengesahkan Jenazah tersebut adalah Zulkifliy Samad.
Pihak Tabung Haji amat berdukacita dengan insiden yang tersebut. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan para syuhada..

YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

2 comments

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini ANDA juga BOLEH Buat Duit dengan TRAFIK PERCUMA dari Facebook!

Nak tahu bagaimana???

KLIK SINI ===> Rahsia Trafik Facebook!

P/S: Peluang Keemasan Seperti Ini Jangan Dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda Masih MENCARI KERJA???

Download laporan sulit ini sekarang.

Teknik Berkesan Mencari Kerja!

KLIK SINI ===> www.Kerjaya.xyz

P/S: Peluang keemasan seperti ini jangan dilepaskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

back to top